Isnin, 12 Ogos 2013

Hotel tertua di dunia

Tahukah anda di dunia ini terdapat hotel yang usianya 1300 tahun ? Hoshi ryokan merupakan hotel yang tertua di dunia mengikut kepada cacatan guinness book of world record. Hoshi ryokan ini terletak di ishikawa,  jepun.  mengkut sejarahnye,  seorang biksu yang bernama Taicho Daishi telah bermimipi dia telah berjumpa dengan dewa gunung hakusan. Lalu dewa gunung itu telah memerintah Taicho Daishi untuk mencari mata air panas di perkampungan kecil yang bernama desa awazu. Taicho Daishi pon pergi ke desa awazu bersama garyo hoshi iaitu anak muridnye untuk mencari mata air panas tersebut. Akhirnya,  mereka pon menemukan kolam air panas tersebut.  kolam air panas tersebut telah dijadikan pusat perubatan untuk menyembuhkan penyakit oleh penduduk desa. Dipendekkan cerita,  Garyo Hoshi iaitu anak murid Taicho Daishi untuk membangunkan kawasan tersebut sebagai tempat penginapan secara turun - temurun.  pada hari ini,  Zenggoro Hoshi iaitu generasi ke 46 Garyo Hoshi telah meneruskan bussiness hotel tersebut dan kini hotel tersebut telah berkembang maju.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan